Loading...

Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini

Loading...
Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini
link : Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini

Baca juga


Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini

 


KUALA LUMPUR - PAS memberi bayangan bahawa parti itu bersama-sama UMNO dan PPBM akan membentuk gabungan rasmi dalam masa terdekat di sebalik khabar angin yang mendakwa hubungannya dengan Umno semakin renggang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan antara 3 parti itu sedang berjalan dan akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

“Perbincangan dan muafakat agar pembentukan gabungan ketiga-tiga parti (PAS, Umno dan PPBM) diwujudkan. Ia akan jadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya  hari ini.

Ogos lalu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), iaitu kerjasama antara UMNO dan PAS.

Tuan Ibrahim juga menolak dakwaan bahawa hubungan parti itu dengan sekutunya Umno semakin dingin selepas menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, kerjasama antara PAS-UMNO terus berjalan sehingga ke peringkat akar umbi, termasuk pembentukan jawatankuasa (JK) bersama.

“Hubungan antara PAS dan UMNO terus berjalan, bahkan pembentukan JK bersama kawasan dan bahagian terus diwujudkan. Tidak timbul isu PAS ketepikan UMNO atau sebaliknya.

“PAS juga menjaga hubungan dengan PPBM dalam PN. Ini kerana kerajaan PN didokongi oleh ketiga tiga parti utama ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan bahawa PAS cuba meminggirkan UMNO dan hubungan 2 parti itu ketika ini semakin renggang selepas menyertai PN.

Sebelum ini, setiausaha agung veteran Umno, Mustapha Yaakub mengakui hubungan parti itu dengan rakan sekutunya dalam MN, iaitu PAS, tidak seintim dulu dan semakin renggang sejak kebalakangan ini.

Mustapha berkata, perubahan itu berlaku apabila PAS mula mendapat tempat dalam kerajaan PN.

“Orang kata, kalau umpama orang yang baru kahwin, tidur tidak lagi berpelukan.

“Kita nampak dan kita sedar hubungan itu kini sedikit renggang, namun tidak ada pergeseran,” katanya lapor sebuah portal berita, namun mengakui hubungan antara dua parti itu masih elok tanpa sebarang pertelingkahan serius #sumber



Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini

Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/tuan-ibrahim-pas-umno-dan-ppbm-bentuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tuan Ibrahim: PAS, UMNO Dan PPBM Bentuk Gabungan Rasmi PN Dalam Masa Terdekat Ini"

Catat Ulasan

Loading...