Loading...

Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !

Loading...
Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !
link : Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !

Baca juga


Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !

 

KUANTAN - Ahli Parlimen PAS Kuantan, Wan Razali Wan Nor tampil memohon maaf secara terbuka susulan kenyataannya terhadap penyanyi sensasi, Baby Shima berhubung pembabitannya dalam program Hari Bandaraya Mesra komuniti di Sungai Isap Damai Kuantan, 18 Februari lalu.

Justeru, Wan Razali berkata, dia menarik balik hantaran yang dimuat naik pada Facebook (FB) miliknya, 17 Feb lalu.

“Pada 18 Februari, artis Baby Shima hadir dalam program tersebut dan membuat persembahan beberapa buah lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

“Saya percaya penampilan tersebut adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan boleh diterima oleh masyarakat setempat.

“Penampilan tersebut sekali gus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum persembahan tersebut. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Wan Razali melalui FB mendakwa, susulan menerima banyak bantahan, pihaknya menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Sungai Isap.

Dalam hantaran itu, Wan Razali turut menyebut penyanyi Makan Hati itu sering terpalit isu moral dalam persembahannya dan melanggar tatasusila serta adat ketimuran.

Selain Wan Razali, turut membantah pembabitan Baby Shima adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Abdul Rosli Jabar yang berkata, persembahannya akan mengundang kemurkaan Tuhan manakala seorang pemimpin Pemuda PAS Pahang pula mendakwa penyanyi itu ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

Sebagai reaksi balas, Baby Shima berkata, dia tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan saluran undang-undang ke atas individu yang dipercayai memfitnahnya.

Walaupun bergelar penyanyi dangdut, Baby Shima berkata, ia bukan pertama kali dia diundang untuk mengisi slot kerohanian.

Sementara itu, Wan Razali berkata dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

“Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/ahli-parlimen-pas-kuantan-mohon-maaf.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen PAS Kuantan Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Artis Baby Shima !"

Catat Ulasan

Loading...