Loading...

Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !

Loading...
Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !
link : Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !

Baca juga


Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !

 

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Maran, Pahang dan sebahagian daerah di Johor pulih sepenuhnya setakat petang ini.

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan daerah Segamat, Kota Tinggi dan Pontian kembali pulih dan kesemua mangsa telah pun dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

JPBN memaklumkan bagaimanapun, terdapat pertambahan mangsa di daerah Batu Pahat yang mengalami kenaikan air susulan pertembungan limpahan air sungai dari Segamat dan air pasang.

Menurut JPBN, Batu Pahat masih lagi menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 29,341 orang, diikuti Muar 4,123 orang dan Tangkak 2,536 orang.

Secara keseluruhan, jumlah mangsa banjir sedikit meningkat kepada 41,543 orang yang ditempatkan di 198 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 2 petang berbanding 40,141 orang di 202 PPS yang direkodkan pagi tadi.

Sebanyak 11 sungai masih melepasi paras bahaya antaranya Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) yang kini berada pada paras 20.09 meter (m); Sungai Muar di Buloh Kasap (Segamat) 9.53 m dan Sungai Muar di Bukit Kepong (Segamat) 5.23 m.

Di PAHANG, JPBN melaporkan sebuah PPS yang menempatkan 13 mangsa banjir di Maran telah ditutup, menjadikan hanya daerah Rompin yang dilanda banjir dengan 15 PPS masih beroperasi bagi menempatkan 2,255 mangsa petang ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya petang tadi.

Sementara itu, di MELAKA, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Jasin kekal 598 orang daripada 159 keluarga dan ditempatkan di lima PPS setakat 2 petang tadi. #sumber



Demikianlah Artikel Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !

Sekianlah artikel Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/banjir-di-maran-pahang-dan-sebahagian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Banjir Di Maran Pahang Dan Sebahagian Di Johor 'Pulih' Sepenuhnya Petang Tadi !"

Catat Ulasan

Loading...