Loading...

Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !

Loading...
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !
link : Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !

Baca juga


Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !

KUALA LUMPUR: Pengecualian diberi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya pada pemilihan parti tahun ini mengelirukan.

Pengamal undang-undang, Dato' Shamsuddin Nawawi, berkata ia menimbulkan pelbagai tanda tanya apa sebab dan alasan utamanya pengecualian itu diberikan kepada UMNO.

"Kenyataan menteri mengelirukan. Sebab apa? pemahaman orang biasa bila dibaca dengan peruntukan dalam Akta Pertubuhan ialah kita bukan melaporkan apa yang berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kepada menteri. Peruntukan (Akta 832) ialah apa yang berlaku dalam PAU dilapor kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

"Kedudukannya seolah-olah RoS membuat keputusan sudah berlakunya perlanggaran perlembagaan (UMNO). Menteri kata tidak mengapa, kita bagi pengecualian. Itulah seolah-olah yang kita nampak, lapor Berita Harian.

"Seksyen 70 (Akta 832) itu kuasa menteri. Kuasa menteri itu hanya datang apabila ada rayuan daripada pihak yang tidak berpuas hati," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bagi proses rayuan pula perlulah dikemuka semula kepada RoS dan agensi itu sendiri akan menentukan keputusan dan jika perlu baru dirujuk kepada menteri.

"Tapi sekarang ini mengapa terus pergi kepada menteri. Sepatutnya pergi ke RoS dulu untuk rayuan. RoS juga boleh buat keputusan tanpa ada rujukan kepada menteri. Sekarang yang saya faham, kenapa menteri bagi pengecualian.

"Keadaan dan kenyataan menteri janggal. Apa sebab dia bagi pengecualian itu. Atas keistimewaan apakah UMNO ini untuk diberi pengecualian. Boleh ke persatuan lain juga diberi pengecualian yang sama," katanya.

Shamsuddin berkata, penggunaan Seksyen 70 itu boleh dijadikan rujukan dan kes duluan pada masa depan, apatah lagi dalam isu pengecualian ini tiada sebab jelas dikemukakan.

"Adakah mereka (UMNO) merayu? dengan alasan apa. Adakah sebab kawan, maka kita bagi pengecualian? itu tak boleh. Mesti ada sebab yang boleh meyakinkan semua orang, jadi orang yang mengadu tidak akan 'complaint'.

"Apa alasan 'solid' yang UMNO bagi. Apa alasan UMNO supaya dia boleh dapat pengecualian itu. Adakah undang-undang itu bagi pengecualian secara automatik macam pengecualian cukai, itu mesti diumumkan. Ini tidak diumumkan pun," katanya.

Saifuddin dalam satu kenyataan pagi tadi, memaklumkan KDN memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Beliau menjelaskan, keputusan itu diberi mengikut Seksyen 70 Akta 832 selepas kementeriannya meneliti mengenai ketetapan yang sudah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 antara lain memperincikan pertubuhan sudah melanggar secara bersengaja mana-mana peruntukan akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana ahli pertubuhan sudah lazim melanggar peruntukan seksyen 4(1) Akta Pertubuhan 1948 dengan apa-apa perbuatan atau penyebaran yang mana seksyen 3(1)(f) akta itu terpakai.

Sementara Seksyen 70 akta sama pula menjelaskan, menteri yang merujuk Menteri Dalam Negeri boleh menurut budi bicaranya dengan bertulis mengecualikan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah akta ini daripada segala atau mana-mana jua daripada peruntukan-peruntukan akta ini. #sumber



Demikianlah Artikel Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !

Sekianlah artikel Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/03/kenyataan-menteri-dalam-negeri-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenyataan Menteri Dalam Negeri Tentang Keputusan Usul UMNO Mengelirukan !"

Catat Ulasan

Loading...