Loading...

Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung

Loading...
Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung
link : Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung

Baca juga


Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung

KUANTAN: Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Pahang, Sabtu ini dijangka akan dihadiri kira-kira 3,000 hingga 5,000 pengunjung.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik yang disediakan sepanjang karnival itu.

Menurutnya, antara tawaran yang dijangka mendapat sambutan termasuk inisiatif Jualan Rahmah.

"Melalui inisiatif itu, orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

"Selain itu, karnival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Tajul dan Afieq Shazwan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, pada masa sama, pengunjung juga berpeluang mengikuti aktiviti pameran agensi kerajaan, korporat dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak dan pertandingan mewarna kanak-kanak selain cabutan bertuah.

"Selain itu, syarikat telekomunikasi yang menyertai karnival ini turut menawarkan pelbagai pakej menarik kepada para pengunjung," jelasnya.

Beliau berkata, persiapan untuk karnival yang akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail rancak dijalankan bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar.

"Justeru itu, saya menyeru orang ramai khususnya penduduk Raub untuk hadir bersama-sama memeriahkan Karnival Kita Madani peringkat Negeri Pahang itu nanti," ujarnya. #sumber



Demikianlah Artikel Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung

Sekianlah artikel Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/karnival-kita-madani-peringkat-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Karnival 'Kita Madani' Peringkat Negeri Pahang Di Raub Sasar 5,000 Pengunjung"

Catat Ulasan

Loading...