Loading...

MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan

Loading...
MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan
link : MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan

Baca juga


MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: MCA akan terus mengkritik Pakatan Harapan (PH), khasnya DAP, walaupun menjadi sebahagian daripada blok kerajaan perpaduan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Katanya, MCA mahu menjadi semak dan imbang terhadap kerajaan perpaduan bagi memastikan ia bertahan sehingga tamat penggal.

Ti berkata, MCA secara khususnya akan terus mengkritik “mungkir janji, hipokrit, kegagalan dan pembohongan” DAP.

Beliau memberi contoh DAP melakukan pusingan 'U' dalam isu seperti sistem kuota Bumiputera di universiti awam, yang dahulu dibantah parti itu.

Ti berkata, DAP yang paling lantang mengkritik sistem itu dahulu, kini mendiamkan diri berhubung isu terbabit.

“Adalah malang DAP tiba-tiba membisu dalam isu seperti ini yang sebelum ini mereka lantang dan pernah gunakan terhadap MCA,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, walaupun tidak mengkritik kerajaan perpaduan dalam perkara sedemikian mungkin memberi gambaran mereka barisan bersatu, tetapi mendiamkan diri dalam jangka panjang mungkin memudaratkan.

“Kami hanya mahu DAP bertanggungjawab terhadap lebih 90% pengundi Cina mengundinya. DAP acap kali menghentam MCA ketika mereka menjadi pembangkang, tetapi ia kini mengubah pendiriannya.”

Katanya, terdapat keperluan untuk memastikan tiada janji dimungkiri kerana kegagalan mengotakan janji akan memberi kesan lebih berpanjangan kepada pengundi berbanding hanya memainkan “gelombang hijau”, yang disifatkannya taktik menakutkan.

Ti berkata, pengundi kecewa dengan pusingan 'U' dan janji tidak dikotakan, serta kerajaan semasa tiba-tiba menjalin pakatan dengan seteru lama.

“Isu dan kebimbangan yang kami bangkitkan adalah sah,” katanya sambil menambah kritikan partinya akan dibuat berdasarkan “fakta dan statistik”.

Beliau turut memberi jaminan MCA tidak berniat menyasarkan kelemahan seseorang secara tidak adil atau menggunakan provokasi keterlaluan. #sumber



Demikianlah Artikel MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan

Sekianlah artikel MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/mca-akan-terus-kritik-ph-dan-dap-biar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MCA Akan Terus Kritik PH Dan DAP, Biar Pun Bersama Dalam Kerajaan Perpaduan"

Catat Ulasan

Loading...