Loading...

Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri

Loading...
Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri
link : Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri

Baca juga


Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyokong usaha menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kepada pemain industri dan syarikat di negeri ini untuk mencapai matlamat pembangunan mampan.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohamad Nizar Najib berkata, kerajaan negeri juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan pemain industri di negeri ini berkembang tanpa memberi kesan negatif kepada alam sekitar serta menambah nilai kepada industri melalui pelaksanaan dasar-dasar baharu.

Menurutnya, kesedaran kepada prinsip ESG dalam kalangan pemain industri dan syarikat di negeri ini juga semakin baik dan amalan itu perlu terus dipertingkatkan.

"Prinsip ini masih baharu dan perlukan satu ruang masa untuk ditambah baik sebelum dipraktikkan sepenuhnya sebagai satu budaya kepada syarikat dan industri terlibat.

"Sebab itu, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) ke arah matlamat itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Keterlibatan SIRIM-Industri di Pejabat SIRIM Pahang di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Pengarah Negeri Sirim Berhad, Mazlina Manshor.

Mohamad Nizar berkata, pemain industri dan syarikat di negeri ini disaran agar mengamalkan prinsip ESG sebaik mungkin.

"Prinsip ESG penting kepada perspektif sesebuah industri selain manfaat kepada perniagaan yang dijalankan terutama melibatkan pemasaran produk mereka ke peringkat global dan pembiayaan.

"Mereka perlu rebut peluang dengan memanfaatkan perkhidmatan sokongan daripada agensi kerajaan terutama SIRIM untuk mencapai pelaksanaan prinsip itu ke tahap yang lebih baik.

"Sirim memiliki kepakaran dan sedia untuk membantu pemain industri dan syarikat tempatan mempraktikkan amalan ESG di semua peringkat melalui khidmat rundingan dan sebagainya," jelasnya.

Sementara itu, Dr Ahmad Sabirin berkata, Program Keterlibatan SIRIM-Industri menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Pahang

Menurutnya, selain merapatkan SIRIM dengan komuniti dan industri, program itu turut menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti latihan, pengujian dan pensijilan.

"Program ini merupakan penganjuran kali kedua pada tahun ini sebelum diteruskan di Selangor Sabah dan Sarawak.

"SIRIM telah mengambil pelbagai langkah untuk mempertingkatkan usaha membantu perkembangan industri dan usahawan di Pahang melalui program teknologi perindustrian dan kualiti antaranya penggunaan teknologi termaju dalam proses reka bentuk pengeluaran dan kejuruteraan serta khidmat nasihat teknikal.

"Kami juga bersedia untuk berganding bahu bersama kerajaan negeri untuk membangunkan dan mempertingkatkan taraf ekonomi usahawan asnaf dan usahawan kumpulan B40 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Tahun ini, 10 usahawan di Pahang dan 10 lagi usahawan di Johor akan dibantu dalam Program Peningkatan Kualiti Persembahan Usahawan manakala lebih 3,000 pengusaha di seluruh negeri ini telah dibantu melalui pelbagai jenis perkhidmatan," ujarnya. #sumber




Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/kerajaan-pahang-sokong-usaha-terap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Sokong Usaha Terap Prinsip ESG Kepada Syarikat, Industri"

Catat Ulasan

Loading...