Judul : PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung
link : PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung
PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung
GUA MUSANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah kumpulan terdesak sehingga terpaksa sepentas dengan Perikatan Nasional (PN).
Perdana Menteri mendakwa sebelum ini, Dr Mahathir adalah individu yang 'paling kejam' terhadap PAS, sekolah agama rakyat dan mangsa dalam Peristiwa Memali, namun kini didukung.
Bagaimanapun, beliau berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu tidak menjejaskan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.
"Beliau adalah kumpulan terdesak dan tiada ruang lain untuk dia heret. Tun (Dr) Mahathir orang yang paling kejam terhadap PAS, sekolah agama rakyat, mangsa Memali, namun kini didukung.
"Tidak mengalah, itu hak dia. Namun, ia tidak menjejaskan sokongan kepada kami," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga FELDA, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Kelmarin, Dr Mahathir membuat kemunculan pertama beliau di atas pentas PN di Kelantan, dengan menyampaikan ucapan di hadapan puluhan ribu penyokong parti itu.
Bekas Perdana Menteri itu yang memakai kemeja putih dan turut menyarung jaket PAS, berharap semua pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memberi kemenangan kepada PN kelak. #sumber
Demikianlah Artikel PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung
Anda sekarang membaca artikel PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/pn-kian-terdesak-tun-mahathir-individu.html
0 Response to "PN Kian Terdesak: Tun Mahathir Individu Paling Kejam Dengan PAS, Kini Didukung"
Catat Ulasan