Loading...

UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !

Loading...
UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !
link : UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !

Baca juga


UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) dan UMNO Terengganu menerima pencalonan bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos ini dengan hati terbuka.

Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, berkata pemilihan Azan yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, membuktikan pimpinan UMNO semua peringkat memberi kebebasan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk memilih calon di situ.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO Terengganu dan bahagian Kuala Terengganu menerima apa juga keputusan dibuat pimpinan tertinggi parti itu dan akan berusaha memastikan sokongan digerakkan bagi memastikan kemenangan semua calon yang mewakili BN dan PH

"Kita memahami UMNO adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara sekarang.

"Keputusan mencalonkan Azan bukan sahaja dibuat Ahmad Zahid, tetapi turut membabitkan perbincangan dengan Perdana Menteri yang juga merangkap Presidan PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Mohd Sabri yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Ladang, berkata demikian majlis bersama calon BN bagi DUN Bandar, Armi Irzan Mohd di Dewan Datuk Abu Bakar Daud di sini.

Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata, jentera pilihan raya UMNO di semua peringkat akan membantu semua calon termasuk daripada PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) demi memenangi kerusi yang ditandingi mereka pada PRN dan PRK nanti.

"Semua jentera pilihan raya UMNO Bahagian Kuala Terengganu sudah diarah membantu semua calon, termasuk Azan yang akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita juga mengarahkan jentera berusaha membantu dua lagi calon DUN, termasuk daripada PKR dan Amanah yang akan bertanding di DUN Wakaf Mempelam serta Batu Burok," katanya.

Pemilihan Azan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, diumumkan Presiden

PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada majlis pengumuman calon parti itu di Kuala Lumpur malam tadi.

Pengumuman itu secara langsung mematikan spekulasi yang tersebar kononnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, akan dipertaruhkan bertanding kerusi terbabit.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan selepas kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim, dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya atas dakwaan wujudnya unsur rasuah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu.

Pada PRU-15 lalu, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, mempertahankan kerusi terbabit yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.

Bagaimanapun kemenangan itu dicabar oleh BN menerusi petisyen yang difailkan di mahkamah. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !

Sekianlah artikel UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/07/umno-terengganu-terima-azan-ismail.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO Terengganu Terima Azan Ismail Sebagai Calon PRK Kuala Terengganu !"

Catat Ulasan

Loading...