Judul : Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC
link : Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC
Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC
KUALA LUMPUR: Pelumba Thailand, Decha Kraisart mengungguli sesi ujian pramusim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dalam saingan kelas perdana SuperSports 600cc yang berakhir di Litar Johor, Pasir Gudang, semalam.
Juara dua kali ARRC itu yang berlumba bersama pasukan Yamaha Thailand Racing mencatat masa terbaik 1 minit 31.051 saat (s) yang menghampiri catatan terpantas litar 1:31.016s milik pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) yang dilakukan pada musim 2016.
Zaqhwan yang juga juara bertahan dan menguasai hari pertama semalam kekal memberikan aksi bertenaga apabila muncul pelumba kedua terpantas dengan masa 1:31.381s.
Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech Kawasaki Racing) dengan masa 1:31.441s.
“Kempen kami pada musim lepas tidak begitu baik pada peringkat awal musim. Saya hanya tamat di kedudukan ke-12 dalam Perlumbaan 2 dan gagal menamatkan perlumbaan sewaktu Perlumbaan 1 di litar ini.
‘Tetapi menjelang pertengahan musim, kami mencapai prestasi terbaik dan diteruskan pada hari ini. Saya berharap dapat tampil cemerlang mengutip seberapa banyak mata apabila turun beraksi pada pusingan pertama yang akan bermula di sini dua minggu lagi,” jelas pelumba veteran Thailand berusia 36 tahun itu.
Pasukan Yamaha Thailand Racing turut memperaga aksi bertenaga di dalam kelas Asia Production 250cc apabila Anupab Sarmoon muncul pelumba terpanta dengan catatan 1:43.469s sekaligus membuktikan dia berupaya menggalas tugas selaku pelumba utama menggantikan juara 2016, Apiwat Wongthananon yang beralih ke saingan Moto3 di Sepanyol.
Duo Astra Honda Racing, Rheza Danica Ahrens dan Gerry Salim mencatat masa kedua dan ketiga terpantas dengan masa 1:43.536s dan 1:44.432s.
Dalam saingan Underbone 150cc, pelumba RCB Motobatt Yamaha YY Pang, Md Azhar Abdul Jalil dan Tengku Amirul Haffirudin menguasai sesi ujian selepas masing-masing mencatat 1:48.907s dan 1:49.127s.
Ia diikuti pelumba rookie, Md Helmi Azman dari pasukan TKKR Onexox Racing dengan masa 1:49.251s.
Keputusan Ujian Pra-Musim ARRC:
SuperSports 600cc
1. Decha Kraisart (THA) Yamaha 1:31.051s
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 1:31.381s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 1:31.441s
4. Chalermpol Polamai (THA) Yamaha 1:31.871s
5. Taiga Hada (JPN) Honda 1:32.045s
Asia Production 250cc
1. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 1:43.469s
2. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 1:43.536s
3. Gerry Salim (INA) Honda 1:43.555s
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 1:44.432s
5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 1:44.520s
Underbone 150cc
1. Azhar Abd Jalil (MAS) Yamaha 1:48.907s
2. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 1:49.127s
3. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 1:49.251s
4. Md Muzakkir Mohamed (MAS) Honda 1:49.413s
5. Md Adib Rosley (MAS) Yamaha 1:49.522s
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mAYGns✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Demikianlah Artikel Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC
Anda sekarang membaca artikel Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/03/zaqhwan-azlan-pamer-aksi-positif-ujian.html
0 Response to "Zaqhwan, Azlan Pamer Aksi Positif Ujian Pramusim ARRC"
Catat Ulasan