Judul : Bau busuk dari rumah mertua
link : Bau busuk dari rumah mertua
Bau busuk dari rumah mertua
Hajat menantu lelaki untuk menjenguk bapa mertuanya di Felda Bukit Rokan Utara Gemencheh, di sini, berakhir dengan insiden mengejutkan apabila bapa mertuanya berusia 72 tahun ditemui sudah meninggal dunia di kediaman berkenaan, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, menantu berkenaan datang ke pondok polis Bukit Rokan Utara dan memaklumkan kepada pihak polis kediaman bapa mertuanya tidak boleh di buka serta berbau busuk.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, anggota polis telah pergi ke rumah berkenaan bersama menantu lelaki berkenaan dan memecahkan pintu belakang rumah yang terletak di Peringkat 1, Felda berkenaan.
“Setelah membuat pemeriksaan, mangsa telah ditemui di bawah katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa, busuk dan mereput. Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi berkenaan.
“Kita jangkakan berdasarkan keadaan mayat, mangsa sudah pun meninggal dunia lebih empat hari. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.
The post Bau busuk dari rumah mertua appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rm8eFD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Bau busuk dari rumah mertua
Anda sekarang membaca artikel Bau busuk dari rumah mertua dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/bau-busuk-dari-rumah-mertua.html
0 Response to "Bau busuk dari rumah mertua"
Catat Ulasan