Loading...

Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta

Loading...
Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta
link : Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta

Baca juga


Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta

PETALING JAYA: Penduduk Kota Bharu boleh menyambut bulan Ramadan dengan sedikit kelainan tahun ini, dengan pelbagai program di sebuah lokasi khas, lengkap dengan unta dan pokok kurma bagi memberikan pengunjung suasana tanah Arab.
“Madinah Ramadan” untuk solat tarawih dan pelbagai aktiviti lain dibuka setiap hari di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Madinah, hasil perancangan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).
Ia mampu menempatkan 6,000 pengunjung, dan selain solat tarawih, ia juga memuatkan program membaca Al Quran dengan menyasarkan pengkhataman.
Setiap peserta akan membaca al-Quran secara beramai-ramai di bawah pimpinan qari yang dijemput sepanjang bulan Ramadan, satu hari satu juzuk,” kata jurucakap MPKB, Wan Mohamad Sharafi Wan Mustafa, dipetik laman berita PAS, Harakahdaily.
Majlis bacaan dan tafsir diadakan setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, dan peserta yang berjaya hadir dari awal sehingga khatam 30 juzuk akan diberi sijil.
Antara tarikan Madinah Ramadan termasuk hiasan berkonsepkan oasis dan Timur Tengah, termasuk padang pasir, pokok kurma dan seekor unta hidup.
Pusat yang mempunyai 270 sukarelawan bertugas sepanjang bulan itu juga menyediakan hidangan berbuka puasa setiap hari, sebahagiannya sumbangan Persatuan Hotel Kelantan.
Ia juga menyediakan khidmat jagaan anak kecil untuk ibu bapa sewaktu solat tarawih.


Demikianlah Artikel Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta

Sekianlah artikel Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/kota-bharu-sambut-ramadan-lengkap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kota Bharu sambut Ramadan lengkap dengan pokok kurma dan unta"

Catat Ulasan

Loading...