Judul : Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular
link : Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular
Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular
Bagitu juga ketika sedang memotong belukar, dan semak samun di rumah, yang mana mungkin ada haiwan berbisa seperti ular di dalam kawasan tersorok tersebut.
Bila sudah Nampak kelibat ular tersebut, kita pasti akan mula berasa panik, dan cuba untuk berlari dari tempat tersebut secepat mungkin.
Tapi, adakah tindakan tersebut betul?
Menerusi perkongsian dari seorang lelaki, iaitu saudara Muhamad Na’im Ab Razak, dia telah kongsikan beberapa tindakan yang boleh dilakukan sekiranya berdepan dengan ular. Juga, apakah yang harus dilakukan sekiranya terdapat mangsa digigit ular.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ular bukanlah seperti yang ditunjukkan dalam wayang gambar di mana mereka menyerang manusia. Hakikatnya, ular adalah haiwan yang pemalu dan tidak mengganggu manusia kecuali berasa terancam. Walaubagaimanapun, sesetengah spesies boleh menyebabkan kecederaan serius termasuklah kematian.
Ular tedung selar (King Cobra, Ophiophagus hannah) jantan bagaimanapun boleh bertindak sebaliknya terutamanya pada musim membiak. Oleh itu, paling terbaik adaah untuk menjauhi sarang mereka. Mereka bersifat territorial dalam mempertahankan sarang mereka.
Secara umumnya, ini antara langkah yang boleh dilakukan jika anda bertemu ular.
1. Jangan panik dan perhatikan tingkah-laku ular.
2. Tanam rasa hormat dalam diri anda terhadap ular. Anggap semua ular sebagai berbisa melainkan anda terlatih dalam mengenalpasti spesies ular.
3. Jangan tunjukkan rasa takut anda kerana ular boleh mengesan reaksi ketakutan anda.
4. Jika ular berada dalam kedudukan jarak yang jauh, jangan mendekati ular tersebut dan jangan cuba mencederakan mereka menggunakan apa-apa cara sekalipun.
5. Jika ular masuk ke dalam rumah atau reban ayam, telefon 999 untuk meminta bantuan dari pihak bomba. Jangan mengendalikan ular secara bersendirian.
6. Kurangkan pergerakan kerana majoriti ular tertarik pada sebarang bentuk pergerakan. Ular kapak pula tertarik kepada haba yang dibebaskan badan. Sebenarnya, ular adalah rabun dan tidak bergantung kepada daya penglihatan semata-mata.
7. Jika ular melingkar pada kaki atau badan anda, sila bertenang! Mereka hanya akan menyerang jika terkejut. Ini boleh disebabkan oleh tindakan mangsa yang cuba melepaskan ular tersebut secara kasar.
8. Awas jika badan ular membentuk ‘S’ kerana jarak serangan mereka boleh menjadi bertambah jauh.
9. Bergerak secara perlahan-lahan untuk menjauhi ular.
10. Jangan mengambil gambar dengan menggunakan flash kamera.
11. Ular akan menunjukkan tanda amaran dan stres seperti mengangkat kepala, membuat bunyi, kencing atau berak.
12. Kami adalah badan yang tidak menyarankan sebarang bentuk perbuatan mencederakan atau membunuh ular. Walaubagaimanapun, jika ular sawa membelit badan anda dan besar hingga mengancam nyawa, anda boleh mematahkan ekor ular tersebut bagi meleraikan belitan makhluk itu.
1. Tenangkan mangsa. Jauhkan mangsa dan diri anda dari bahaya. Kurangkan pergerakan fizikal.
2. Baringkan pesakit dalam keadaan selesa dan letakkan pembebat di kawasan yang digigit.
3. Alirkan mata menggunakan air bersih yang banyak sekiranya mata disembur dengan bisa ular (ular jenis tedung seperti naja sumatrana)
4. Longgarkan pakaian dan buang alat perhiasan diri di badan sewaktu dalam perjalanan ke hospital.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5uxz5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular
Anda sekarang membaca artikel Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/tahu-apa-yang-perlu-dilakukan-jika.html
0 Response to "Tahu Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Berdepan Dengan Ular? Ini Tips & Cara Rawatan Sekiranya Berdepan Atau Digigit Ular"
Catat Ulasan