Loading...
Judul : Lawan di Pyongyang juga
link : Lawan di Pyongyang juga
Lawan di Pyongyang juga
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
AKSI Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 membabitkan Korea Utara menentang Malaysia akan berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun nanti.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi satu kenyataan hari ini, menjelaskan keputusan berkenaan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan tiada sekatan perjalanan oleh kerajaan.
"AFC bersetuju Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B akan berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun," menurut kenyataan itu.
Hubungan kedua dua negara tegang susulan kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam dipercayai dibunuh di KLIA2 pada 2 Februari.
Ia menyebabkan jadual asal pada 28 Mac ditangguhkan kepada 8 Jun.
FAM menerusi perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kementerian Luar Negeri penghujung bulan lalu bertegas mahu beraksi di gelanggang berkecuali walaupun Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) memberikan jaminan keselamatan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 9:16 PM
Demikianlah Artikel Lawan di Pyongyang juga
Sekianlah artikel Lawan di Pyongyang juga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lawan di Pyongyang juga dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/lawan-di-pyongyang-juga.html
0 Response to "Lawan di Pyongyang juga"
Catat Ulasan