Judul : PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran
link : PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran
PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran
KUALA LUMPUR – PAS berazam untuk mengembalikan sistem pemerintahan Islam dalam pentadbiran di negara ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan sistem pemerintahan Islam, rakyat dapat mengecapi kehidupan yang lebih adil.
“Sejarah menunjukkan bahawa ketamadunan keagungan manusia berlaku pada zaman pemerintahan Islam.
“Namun pihak barat berjaya mencanangkan Islamophobia yang kini dilihat meresap masuk ke akal fikiran manusia menyebabkan mereka bertindak secara tidak rasional apabila mendengar perkataan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, perubahan yang cuba dibuat untuk menjamin kehidupan yang lebih baik hanya akan menjadi ‘separuh masak’ sekiranya umat Islam tidak kembali kepoada ajaran Islam yang sebenar.
“Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita ambil peluang untuk meruntuhkan sistem jahiliah dan menegakkan sistem berlandaskan Islam.
“Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan. Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, jauh lagi dari bersifat paksaan sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwqcUS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran
Anda sekarang membaca artikel PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/05/pas-berazam-bawa-sistem-islam-dalam.html
0 Response to "PAS Berazam Bawa Sistem Islam Dalam Pentadbiran"
Catat Ulasan