Judul : Guru sebak dihukum gantung
link : Guru sebak dihukum gantung
Guru sebak dihukum gantung
BEKAS guru wanita sekolah swasta dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar syabu seberat 959.5 gram (g), pada 2013.
Hakim Nurcahaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhailah Abdullah, 44, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Suhailah yang berbaju kurung coklat dan tudung labuh hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh ketika hukuman dibacakan.
Bagaimanapun, sebaik tertuduh keluar dari pintu mahkamah, Suhailah kelihatan sebak.
Mengikut pertuduhan, Suhailah dituduh mengedar syabu seberat 959.5g di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira 11.50 pagi, 27 Mei 2013.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Gan Peng Kun, manakala Suhailah diwakili oleh peguamDatukSeri Rakhbir Singh.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sx1xDp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel Guru sebak dihukum gantung
Anda sekarang membaca artikel Guru sebak dihukum gantung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/guru-sebak-dihukum-gantung.html
0 Response to "Guru sebak dihukum gantung"
Catat Ulasan