Loading...

Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya

Loading...
Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya
link : Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya

Baca juga


Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya


LAGI kejadian kereta dipandu melawan arus dan kali ini berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) Kulai, Johor menghala utara.

Menerusi perkongsian Info Roadblock Jpj/Polis, sebuah video dimuat naik memaparkan sebuah kereta jenis Myvi memandu dalam keadaan laju di lorong bertentangan di lebuh raya tersebut.

Kenderaan tersebut turut menggunakan lorong kiri iaitu untuk lorong laju sepanjang memandu bertentangan arah.

Individu yang merakam video tersebut menganggap pemandu tersebut gila dan membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.

“OKU tak buat macam ini, ini orang gila ini,” kata individu dalam video tersebut.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 27 saat itu turut memaparkan kereta Myvi itu tetap meneruskan perjalanan dan tidak berhenti di kawasan rawat dan rehat.

Sebelum video tersebut tamat, pemandu kereta Myvi tersebut seperti memberhentikan kenderaannya namun tidak diketahui perkara yang terjadi selepas itu.


Perkongsian video tersebut menjadi tular di media sosial hari ini dan ditonton 150,000 dan dikongsi 2,868 kali.

Menerusi ruangan komen, netizen turut menjalankan ‘siasatan’ dengan menyelidik jumlah saman polis trafik terhadap kereta Myvi tersebut.

Ada yang mengatakan pemilik kereta tersebut mempunyai satu hingga empat saman dengan nombor pendaftaran yang berbeza.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan pemandu kereta tersebut dan mahukan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan supaya tindakan tegas dapat diambil.

Kes membabitkan memandu melawan arus ini sering kali dilaporkan dan turut berlaku kematian.

Pada 14 Mac lalu, seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya

Sekianlah artikel Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/06/kereta-myvi-dirakam-pandu-lawan-arus-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kereta Myvi Dirakam Pandu Lawan Arus Di Lebuh Raya"

Catat Ulasan

Loading...