Judul : APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban
link : APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban
APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban
LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah apabila anggota agensi itu menahan feri yang membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad.
Lori dipercayai bernilai lebih yang RM70,000 digunakan untuk menyeludup bir berjenama Tiger Beer” juga dirampas.
Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata lori mengangkut bir itu dikesan menaiki feri dari Labuan menuju ke Menumbok, Sabah pada pukul 5.30 petang semalam.
“Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada oukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami menjumpai bir itu disorok di bawah guni yang mengandungi serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa.
Kami mengarahkan kapten feri untuk segera berpatah balik ke Labuan dan merampas lori dan menahan pemandu kira-kira pukul 10.10 malam di Terminal Feri Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Pemandu berusia 31 tahun itu memberitahu APMM bahawa dia memandu ke Kota Kinabalu tetapi gagal memberi penjelasan yang memuaskan di mana dia mengambil bir itu.
Che Adnan berkata pemandu lori itu kemungkinan akan didakwa menyeludup di bawah Akta Kastam 1967, kerana gagal menunjukkan dokumen membuktikan sumber konsainan.
“Rampasan ini (terbesar setakat tahun ini) malam ini (tadi), kami merekodkan empat kes setakat ini dengan dua daripadanya telah di bawa ke mahkamah,” kata beliau. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1qDsa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban
Anda sekarang membaca artikel APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/apmm-labuan-rampas-lori-bawa-bir.html
0 Response to "APMM Labuan Rampas Lori Bawa Bir Kontraban"
Catat Ulasan