Loading...
Judul : Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung
link : Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung
Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung
Hasil semakan di blog “Toyol of Selangor” mendapati satu mesej tertera “dijadikan arkib atau digantung” atas pelanggaran syarat perkhidmatan. Tiada butiran diberikan mengenai sebab penggantungan itu.
Blog itu menyenaraikan nombor akaun yang didakwa milik Azmin di bank luar negara. Bagaimanapun, Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya cubaan untuk merosakkan reputasinya.
Setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham berkata, dakwaan itu ialah kempen memburuk-burukkan timbalan presiden PKR itu menjelang pemilihan parti pada Ogos ini.
Hillman yang juga Adun Gombak Setia menggesa orang ramai ramai tidak mempercayai dakwaan itu kerana catatan blog itu adalah “palsu”.
“Ini bukan kali pertama dakwaan palsu dibuat terhadap Azmin. Kami menggesa orang ramai tidak terperdaya dengan dakwaan tanpa kredibiliti seperti itu.
“Kami tidak mahu melayan politik kotor pihak tertentu. Pada masa sama, dakwaan dalam blog itu boleh dipertikaikan,” katanya kepada FMT.
Dalam catatan blog 18 Jun itu, blogger tidak bernama itu mendakwa Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin menyimpan ratusan juta ringgit dalam beberapa akaun bank luar negara.
Azmin bagaimanapun berkata, tiada apa yang hendak disembunyikannya kerana beliau mengisytiharkan hartanya sejak 2008 dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya. #sumber
Demikianlah Artikel Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung
Sekianlah artikel Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/blog-dakwa-azmin-simpan-berjuta-ringgit.html
0 Response to "Blog Dakwa Azmin Simpan Berjuta Ringgit Di Luar Negara Di Gantung"
Catat Ulasan