Loading...

Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM

Loading...
Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM
link : Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM

Baca juga


Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM


KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar yang kecewa dengan perjuangan UMNO hari ini menegaskan ideologi serta falsafah parti itu sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah, tidak demokratik.
Beliau yang secara rasminya mengumumkan keluar dari UMNO berkuatkuasa hari ini berkata, tidak boleh lagi berpura-pura semuanya dalam keadaan baik dan terkawal.
Malah, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi itu ketika dihubungi wartawan NSTP memberitahu telah diminta untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Mereka (PPBM) minta saya masuk Bahagian Kota Tinggi kerana saya telah berada di Kota Tinggi selama tiga dekad.
"Apa pun bergantung pada pucuk pimpinan PPBM peringkat pusat untuk menentukannya," katanya ketika dihubungi wartawan NSTP di sini hari ini.
Terdahulu, Syed Hamid menerusi satu kenyataan media berkata, beliau sebelum ini pun sudah menganggap dirinya bukan lagi sebahagian daripada UMNO apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu .
"Tidak pernah terlintas dalam kepala satu hari saya akan meninggalkan UMNO tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal.
"Kepemimpinan UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memusnahkan imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.
Menurut bekas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu, UMNO hari ini telah menjadi pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.
Beliau yang dilahirkan dalam keluarga pejuang UMNO berkata, telah melihat bagaimana arwah bapanya berkorban menunjukkan kecintaan terhadap parti dan negara membuatkan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.
"Selama beberapa dekad ini sebahagian hidup saya dihabiskan untuk UMNO kerana inilah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain dengan seimbang, adil dan pemurah.
"Malangnya sifat itu tiada lagi dalam UMNO hari ini di mana pemimpin parti ini hari ini menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat," katanya.
Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa UMNO.
Syed Hamid berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 1990 hingga 2013, menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO selain pernah menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. #sumber


Demikianlah Artikel Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM

Sekianlah artikel Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/06/syed-hamid-secara-rasmi-umum-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syed Hamid Secara Rasmi Umum Keluar UMNO Untuk Sertai PPBM"

Catat Ulasan

Loading...