Loading...
Judul : Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah
link : Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah
Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah
PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata Datuk Seri Najib Razak berhak mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah, termasuk berkempen bagi membantu calon dalam pilihan raya kecil (PRK).
Beliau berkata semua rakyat berhak bersuara, berhimpun, melibatkan diri dalam mana-mana parti politik dan berhak mempertahankan diri.
“Apatah lagi Datuk Seri Najib merupakan seorang Ahli Parlimen, merupakan seorang Ketua Bahagian, merupakan bekas Perdana Menteri.
“Orang kata kehadiran Datuk Seri Najib di Sungai Kandis menjejaskan peluang Umno menang, saya nak sebut beliau adalah mangsa fitnah, mangsa persepsi buruk dibuat pembangkang (dulu).
“Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk menjawab segala tindakan fitnah ke atas diri beliau dan beliau berhak membantu mana-mana calon yang bertanding sekiranya dipersetujui calon itu sendiri,” katanya.
Lokman berkata beliau mengalu-alukan penglibatkan Najib dan rela kalah untuk pertahan orang difitnah, daripada menang kerana memfitnah pihak yang teraniayai.
Sebelum ini, Ketua UMNO Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib untuk berkempen di Sungai Kandis dalam PRK baru-baru ini.
Johari berkata UMNO mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil akan datang memandangkan bekas Perdana Menteri itu berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Hari ini, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa pula menyifatkan Najib, yang kini berdepan tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, sebagai “beban” yang tidak lagi boleh dipikul UMNO.
Annuar berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.
Mengulas lanjut, Lokman berkata beliau yakin kenyataan Annuar itu bukan dari pandangan Setiausaha Agung UMNO terbabit.
Beliau menambah, setiap individu dan ahli UMNO mempunyai hak mempertahankan pemimpin yang menjadi mangsa fitnah.
“Walaupun sekarang Datuk Seri Najib tidak jadi Presiden UMNO, tapi sekarang fitnah dihala kepada kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pula.
“Siapa juga kita tukar tidak boleh lari dari fitnah, kalau hari ini UMNO ambil sikap setiap kali pemimpin difitnah kita tukar, kita tidak pertahan, jahanam UMNO macam ini, kalau difitnah setiap minggu, setiap bulan kita kena tukar pemimpin,” katanya.
Lokman turut memberi contoh semasa Najib menjadi perdana menteri beliau memberi ruang secukupnya kepada semua pihak untuk mendapat keadilan dan membela diri.
“Sebagai contoh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita lihat kerajaan dahulu tidak pernah mendesak supaya kes itu diselesaikan segera, Anwar diberi peluang untuk tunda kes beliau 65 kali.” #sumber
Demikianlah Artikel Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah
Sekianlah artikel Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/lokman-najib-berhak-berkempen-pertahan.html
0 Response to "Lokman: Najib Berhak Berkempen, Pertahan Dari Dari Di Fitnah"
Catat Ulasan