Loading...
Judul : Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan !
link : Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan !
Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan !
Sama kes dengan apa yang berlaku di Kedah sebelum ini. Bermacam-macam kecaman dan komen yang dan telah dilontar oleh netizen kepada wakil rakyat kawasan terbabit. Ia gara-gara kenyataan luahan hati yang ditulis oleh admin page Ustaz Ebit Lew terhadap posting isu berkenaan yang dilihat terlalu emosi daripada hakikat yang sebenarnya.
Apa yang ditakuti ara-gara mendengar kenyataan satu pihak (penerima sumbangan, ia boleh mengundang fitnah sebenarnya. Tidak salah membantu, tapi janganlah membuat posting yang jelas membangkit kemarahan netzen kepada pihak lain.
Cukup sekadar ambil gambar atau video, nyatakan lokasi sumbangan dan serba sedikit info yang tidak berlebihan (emosi) agar pembaca jadi taksub kepada kita yang menderma. Inilah yang menjadi isu kepada usaha Ustaz Ebit Lew sebenarnya. Soal beliau menghulurkan sumbangan itu amatlah baik, namun kenyataan yang terlampau sadis boleh membuatkan kecaman dilontarkan kepada pihak lain termasuk pemimpin di sesuatu kawasa itu.
Sedangkan netizen harus ingat wakil rakyat terpaksa jaga beribu-ribu rakyat, berbanding penderma individu atau NGO yang hanya menfouskan kepada kelompok tertentu yang ingin dibantu.
Ramai netizen menyerang beliau (YB) kononnya tidak cakna dengan isu penduduk setempat. Tambah parah lagi, kecaman itu datangnya daripada orang luar yang tidak tahu situasi sebenar, hanya terpengaruh dengan tulisan penuh emosi daripada admin page Ustaz Ebit Lew.
Namun, ibu tunggal berkenaan dipercayai mendiami kawasan yang tidak sepatutnya (sudah dkosongkan). Sebab itulah mana-mana pihak tidak akan keluarkan dana memperbaiki rumah itu kerana ia akan dirobohkan pada bila-bila masa sahaja. Mereka hanya menghulurkan sumbangan kebajikan seperti keperluan harian pada musim PKP dan bulan Ramadan ini. Ustaz Ebit Lew mungkin tidak dapat info yang tepat dan hanya mendengar rintihan daripada keluarga terbabit dan admin pagenya membuat posting berkenaan. Sedangkan penduduk setempat lebih tahu kisah sebenar isu ini.
Namun kenyataan yang dibuat seperti beliau lansung tidak mendapat bantuan dan juga lansung tidak mendapat perhatian dari pihak wakil rakyat. Sedangkan hampir setiap bulan beliau menerima bantuan dari Pejabat ADUN dan juga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, sebelum isu ini tular ahli rumah beliau juga mendapat bantuan dari pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), pihak masjid dan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) melalui e-asnaf (zakat).
Kes terbaru ini sekali lagi jelas mencemarkan nama baik wakil rakyat PAS itu. Tidaklah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak memohon sumbangan derma dari orang ramai, cuma yang menjadi dukacitanya ialah kenyataan yang tertulis itu memburukan pihak lain bagi meraih simpati termasuklah memburukkan pihak ADUN. Cuba bayangkan seseorang wakil rakyat perlu uruskan ramai orang, bukan fokuskan individu tertentu sahaja.
Apapun pejabat ADUN Tanjung Lumpur sebelum ini juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua penderma-penderma yang telah membantu beliau yang merupakan penduduk di DUN Tanjung Lumpur.
"Jangan meraih simpati dengan memburukkan orang lain kerana apa jua yang kita tulis, ianya juga secara automatik tertulis didalam buku suratan amal yang akan dibicarakan di Akhirat nanti. Semoga kita semua di berikan hidayah dan petunjukNya agar sentiasa berada diatas jalan kebenaran," kata kenyataan itu.
PDO menunggu kenyataan rasmi terbaru daripada pejabat ADUN Tanjung Lumpur berkenaan isu terbaru ini. Kami juga memohon maaf atas artikel terdahulu yang merujuk kepada kes sebelum ini sebenarnya.
Kesimpulannya, membantu tidak salah namun membuat coretan yang berlebihan di media sosial boleh menetuskan polimik dan kontroversi yang berterusan sebenarnya. Tambahan pula Ustaz Ebit Lew adalah pendakwah selebriti bukan orang biasa-biasa.
Apa salahnya admin page membuat posting yang normal seperti pihak lain. Tidak perlu dicampur adukkan dengan sentimen emosi perasaan. Itu yang terbaik daripada memanjangkan lagi kontroversi ini nanti. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan !
Sekianlah artikel Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/kehadiran-ustaz-ebit-lew-cetus.html
0 Response to "Kehadiran Ustaz Ebit Lew Cetus 'Kontroversi' Baru Di Kuantan !"
Catat Ulasan