Loading...

Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN

Loading...
Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN
link : Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN

Baca juga


Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN

 

KOTA KINABALU  -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap bersedia meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun terdapat permohonan semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat apa-apa arahan daripada mahkamah berhubung perkara itu.

“Setakat ini SPR tidak mendapat apa-apa arahan daripada mahkamah. Jadi kita akan terus bersedia dengan pilihan raya ini sehingga kita dapat arahan daripada mahkamah, kita akan terus dengan tanggungjawab kita,” katanya dalam sidang media bagi urusan pilihan raya DUN Sabah ke-16 di sini, hari ini.

Pada 3 Ogos, bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersama 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memohon semakan kehakiman terhadap pembubaran DUN Sabah yang difailkan oleh firma guaman FT Ahmad and Co.

Terdahulu, pada tengah hari tadi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menetapkan 21 Ogos ini bagi membuat keputusan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai, boleh diadili.

Pada 30 Julai lepas, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN Sabah selepas mendapat perakuan Tun Juhar, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum itu,  Musa pada sidang medianya mengumumkan yang beliau mendapat sokongan 32 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu. DUN dibubarkan itu mempunyai 65 ADUN. #sumber



Demikianlah Artikel Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN

Sekianlah artikel Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/semakan-kehakiman-bubar-dun-sabah-spr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Semakan Kehakiman Bubar DUN Sabah, SPR Tetap Sedia Teruskan PRN"

Catat Ulasan

Loading...