Judul : Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan !
link : Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan !
Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan !
KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dinamakan sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baru yang akan dibentuk Perdana Menteri dalam masa terdekat.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata dalam situasi mencabar ketika ini, negara memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka.
"Saya mencadangkan supaya dipertimbangkan untuk Perdana Menteri melantik Mohamad sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet baharu nanti.
"Bagi merealisasikan #TuntutanRAKYAT berkaitan Moratorium, i-Citra, tambahan nilai pakej-pakej bantuan rakyat yang ketika ini amat susah, gelisah dan tertekan, memerlukan seorang Menteri Kewangan dipilih daripada kalangan yang biasa bergelumang dengan rakyat dan memahami denyut nadi mereka," katanya menerusi Facebook hari ini.
Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau adalah tokoh korporat yang pernah bertugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad serta menjadi Pengurus Besar di Bank Bumiputra London.
Selain itu, beliau juga pernah menyandang sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004) dan CEO di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994) serta pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad.
Pemuda UMNO sebelum ini mengemukakan 10 tuntutan rakyat dalam mendepani persekitaran mencabar ekoran pandemik COVID-19.
Antara tuntutan itu, termasuk membabitkan i-Citra, moratorium, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), Bantuan Prihatin (BPR) hasil maklum balas ribuan komentar dan mesej peribadi yang kami terima termasuk Hotline Pemuda UMNO.
Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan Kabinet beliau akan diumumkan dalam minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ismail Sabri selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan Sabtu lalu, sudah menemui beberapa pemimpin utama parti termasuk BN dan Perikatan Nasional (PN) bagi memuktamadkan senarai Kabinet yang akan diumumkan kelak.
Pagi tadi, Ismail Sabri secara rasmi memasuki pejabatnya di Putrajaya, sebelum meneruskan tugas pertamanya sebagai ketua kerajaan dengan melawat mangsa banjir di Kedah. #sumber
Demikianlah Artikel Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan !
Anda sekarang membaca artikel Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/pemuda-umno-cadang-timbalan-presiden.html
0 Response to "Pemuda UMNO Cadang Timbalan Presiden, Tok Mat "Di Namakan" Sebagai Menteri Kewangan !"
Catat Ulasan