Loading...

UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !

Loading...
UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !
link : UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !

Baca juga


UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !

BERA - UMNO Bahagian Bera sebulat suara menyokong keputusan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi meneruskan usaha menangani pandemik Covid-19.

Dalam kenyataannya UMNO Bahagian Bera berkata, sokongan itu turut diterima daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Bera.

Menurut kenyataan tersebut, UMNO Bahagian Bera menyifatkan keputusan secara kolektif itu dilakukan dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah supaya usul untuk membahas Ordinan-ordinan Darurat dibawa dalam sidang parlimen dijadualkan pada September nanti.

Menurutnya, ia bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih absah sehingga persidangan parlimen yang seterusnya samada kerajaan PN mempunyai sokongan atau sebaliknya.

"Pada masa sama, tidak rasional untuk Ismail Sabri meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri memandangkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan agar jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah kepada rakyat serta negara khususnya menangani pandemik Covid-19," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, peletakan jawatan satu bentuk penderhakaan yang jelas terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana membelakangi titah Seri Paduka Baginda serta akan mensia-siakan segala usaha menangani Covid-19.

"Selain itu, Seri Paduka Baginda juga memperkenankan usul undi percaya dibawa ke parlimen untuk mengabsahkan sokongan ahli parlimen kepada kerajaan. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !

Sekianlah artikel UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/08/umno-bera-sebulat-suara-sokong-ismail.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "UMNO Bera Sebulat Suara Sokong Ismail Sabri Untuk Kekal Dalam Kerajaan PN Sebagai TPM !"

Catat Ulasan

Loading...