Loading...

Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

Loading...
Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR
link : Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

Baca juga


Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

KUANTAN: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli pada jam 11.20 pagi, di Wisma Sri Pahang di sini.

Zamree berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada ibu pejabat SPR di Putrajaya mengenai notis berkenaan.

"Ibu pejabat SPR dijangka mengadakan mesyuarat khas minggu ini bagi menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai," katanya.

SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kerusi itu.

Sementara itu, Sharkar berkata, penyerahan notis itu adalah menjadi kewajipannya untuk memaklumkan SPR Pahang mengenai kekosongan jawatan berikutan kematian Johari.

Khamis lalu, penyandang DUN Pelangai, Johari antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Allahyarham Johari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang adalah seorang tokoh korporat berjaya sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketokohan dan pengalaman luas dimilikinya membolehkan beliau dipilih menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pahang, walaupun kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional, (BN) pada pilihan raya itu.

Pada PRU15, Johari menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

Allahyarham Johari menggantikan Tan Sri Adnan Yaakob yang juga bekas Menteri Besar Pahang yang mengumumkan tidak mempertahankan kerusi DUN Pelangai pada PRU15. #sumber



Demikianlah Artikel Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR

Sekianlah artikel Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2023/08/speaker-dun-pahang-serahkan-notis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Speaker DUN Pahang "Serahkan" Notis Kekosongan DUN Pelangai Kepada SPR"

Catat Ulasan

Loading...