Loading...

Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia

Loading...
Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia
link : Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia

Baca juga


Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia

KUANTAN: Pahang merancang menceburi projek tenusu dan penternakan ikan siakap di Australia menerusi jalinan kerjasama  dalam merancakkan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Lawatan Teknikal Penandaarasan Sektor Pertanian, Penternakan dan Perikanan Negeri Pahang ke Australia diadakan selama lapan hari sehingga 4 Februari ini.

”Lawatan pertama delegasi ini adalah ke Mainstream Aquaculture, Werribee Victoria, Australia yang merupakan sebuah pusat penetasan dan pengeluar ikan siakap atau barramundi terbesar di dunia.

”Sesi lawatan teknikal ke Mainstream Aquaculture ini dilihat dapat membuka jalan dan potensi kerjasama bagi pembangunan penternakan ikan siakap bermula dari penetasan, nurseri, penternakan dan seterusnya pemindahan teknologi termoden ke Malaysia.” katanya ketika dihubungi.

Selain itu katanya, delegasi berpeluang melihat kerjasama pembekalan lembu baka wagyu selain memfokuskan produk tenusu dan perikanan di negara itu.

Beliau sempat menghadiri sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Syarikat AGK Dairy Fresh Sdn Bhd dengan Syarikat Austrex Co bagi menjalin kerjasama strategik pembangunan industri daging bernilai tinggi khususnya daging wagyu di Pahang.

Katanya, Austrex Co terlibat dalam pembekalan ternakan lembu baka wagyu fullblood dan F1 melalui Syarikat AGK Dairy Fresh Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri Pahang sebagai syarikat peneraju bagi Projek Wagyu Pahang pada 2023 di Bukit Kajang, Raub bermula dengan 161 ekor.

Sehingga kini terdapat 284 ekor lembu wagyu di bawah Projek Wagyu Pahang.

”Saya berharap menerusi kerjasama stategik ini usaha kerajaan negeri untuk menternak lembu gred premium ini akan dapat digandakan serta merancakkan lagi industri penternakan di Pahang.

”Delegasi kami melawat kilang pengeluar produk tenusu terkemuka Australia iaitu Goulburn Valley Creamery di mana kilang ini berupaya memproses 250,000 liter susu sehari dengan piawaian keselamatan makanan yang ketat,” katanya. 

Lawatan kerja delegasi Kerajaan Negeri Pahang itu sempat melawat ladang lembu dan bebiri yang diusahakan oleh Mohd Zaki Mat Lias, seorang anak jati Temerloh yang menetap di Cobram.

Kemudiannya rombongan turut melawat Greater Shepparton, sebuah ladang lembu tenusu milik Farm Fresh Berhad berkeluasan 2,538 ekar.

Wan Rosdy berkata lawatan ke kilang dan ladang ini penting memandangkan Pahang juga merupakan antara penyumbang besar dalam pengeluaran hasilan susu menerusi syarikat tempatan seperti Farm Fresh Berhad dan Touch Milk. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia

Sekianlah artikel Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/pahang-rancang-untuk-ceburi-projek.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Rancang Untuk Ceburi Projek Tenusu, Lembu Wagyu Dan Penternakan Ikan Siakap Di Australia"

Catat Ulasan

Loading...