Judul : CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK
link : CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK
CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat maklumat tidak benar dalam tatacara pemilikan semula kenderaan oleh pihak bank yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.
Kementerian itu dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, mengikut Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011, pihak bank boleh menarik kenderaan sekiranya jumlah bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan dan memperoleh perintah mahkamah.
“Menurut peraturan yang sama juga, pemegang permit hendaklah mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian atau dengan mendapat perintah mahkamah,” kata KPDNKK.
Tambahnya waktu operasi bagi menjalankan pemilikan semula pula adalah dari pukul 9 pagi hingga 9 malam pada setiap hari termasuk cuti umum.
“Sekiranya perlukan lanjutan masa operasi, permohonan boleh dibuat kepada ketua pegawai penguatkuasa KPDNKK negeri dan juga daerah,” katanya.
KPDNKK berkata bagi menjalankan operasi itu, pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) hendaklah memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.
Menurut mesej yang tersebar di aplikasi WhatsApp, pihak bank tidak boleh menarik kenderaan sekiranya kenderaan tersebut berada di kawasan kediaman berpagar, selain tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum dan juga selepas pukul 9 malam.
Category: INFO SEMASA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sQCvAL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Demikianlah Artikel CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK
Anda sekarang membaca artikel CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2017/07/cari-atau-kaedah-tarik-kereta-mengikut.html
0 Response to "CARI ATAU KAEDAH TARIK KERETA MENGIKUT PERATURAN KPDNKK"
Catat Ulasan