Loading...

'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !

Loading...
'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !
link : 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !

Baca juga


'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !



KUALA LUMPUR: Parti Anak Muda Melayu Kebangsaan (BANGSA) hari ini turut menyokong tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang menunjukkan aksi mengutip sampah di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas perlawanan akhir bolasepak Piala FA antara Pahang dengan Selangor malam tadi. 


Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, sebagai parti yang berteraskan anak muda maka seharusnya apa yang dilakukan oleh menteri terbabit perlu dijadikan ikhtibar, pedoman dan tauladan sebenarnya.


"Sebelum ini kita melihat betapa bersiplinnya penyokong Jepun yang mengutip sampah sebaik saja perlawanan yang melibatkan pasukan mereka di Piala Dunia Russia baru-baru ini. Maka, apa yang ditunjukkan oleh Syed Saddiq adalah satu perkara negatif yang seharusnya menjadi ikutan anak muda Malaysia selepas ini", kata Syed Faiz.


Beliau turut mengucapkan syabas kepada Syed Saddiq kerana berjaya memecah tradisi menjadi menteri kabinet seawal usia 26 tahun. 

"Sememangnya sebagai anak muda, Syes Saddiq dilihat sebagai ikon yang harus dicontohi oleh generasi muda yang lain. Maka setiap tindakan yang dilakukan adalah sesuati yang terbaik untuk dijadikan ikutan", tambah beliau.


Syed Faiz turut menegaskan, beliau tidak nampak kepincangan terhadap apa yang dilakukan itu (kutip sampah). 

"Mereka yang mengutuk sebenarnya, lebih kepada emosi semata-mata. Kita harus berbangga melihat ada menteri yang sanggup memulakan sesuatu yang janggal kepada rakyat Malaysia. Mungkin selepas ini ia boleh dijadikan rutin setiap kali ada perlawanan bolasepak di negara ini. Kenapa tidak kita ikut benda yang baik?. Biar pun ia hanya gimik, tetapi jika menjurus ke arah yang positif maka kami menyokong tindakan itu" tambah Syed Faiz lagi ketika dihubungi PDO sebentar tadi.#PDO


Demikianlah Artikel 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !

Sekianlah artikel 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/gimik-kutip-sampah-bangsa-sokong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Gimik' Kutip Sampah, BANGSA Sokong Tindakan Syed Saddiq !"

Catat Ulasan

Loading...