Judul : Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang !
link : Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang !
Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang !
KUALA LUMPUR - Sebuah bas ekspres membawa pesakit COVID-19, terbabit kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang, sebentar tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika bas itu dalam perjalanan dari Perak ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0.
Setakat ini, enam penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa terus ke MAEPS, Serdang, untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, keadaan pemandu bas dan pembantunya masih belum dapat dipastikan.
Keadaan bahagian hadapan bas dilaporkan mengalami kerosakan teruk akibat rempuhan itu.
Difahamkan, bas terbabit membawa pesakit Kluster Changkat Jong, Perak, dan berlepas jam 10 pagi tadi sebelum dijadualkan sepatutnya tiba di MAEPS, Serdang, pada jam 1 tengah hari. #sumber
Demikianlah Artikel Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang !
Anda sekarang membaca artikel Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2021/02/sebuah-bas-ekspres-yang-membawa-pesakit.html
0 Response to "Sebuah Bas Ekspres Yang Membawa Pesakit Covid-19 'Rempuh' Plaza Tol UPM, Serdang !"
Catat Ulasan