Loading...

Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan

Loading...
Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan
link : Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan

Baca juga


Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan

 


KUALA LUMPUR -  Muafakat Nasional (MN) tidak pernah mengetepikan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi mendaftarkan gabungan itu secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Agung MN I, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak tidak mudah membuat andaian berhubung keputusan yang dibuat UMNO dan PAS dalam mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Tidak benar. Jangan mudah membuat andaian," katanya dalam ciapan di Twitter beliau hari ini, merujuk satu tajuk artikel portal berita yang mendakwa BERSATU seolah-olah diketepikan dalam cadangan pendaftaran baharu MN itu.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, Annuar dan Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung MN II memaklumkan bahawa kepemimpinan UMNO dan PAS bersetuju mendaftarkan MN secara rasmi dengan ROS.

Menurut kenyataan itu, kepemimpinan MN sudah bersepakat secara bersama serta memberi komitmen untuk terus memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ogos lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Majlis Tertinggi parti itu sudah membuat keputusan bersetuju untuk menyertai MN.

"Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar atau 'the grand coalition'," katanya.

Cadangan untuk menjadikan MN sebagai gabungan rasmi yang didaftarkan dengan ROS sebelum ini diputuskan oleh biro politik UMNO, dalam usaha mempersiapkan parti itu mendepani PRU akan datang.

Difahamkan, rancangan menjadikan MN sebagai organisasi rasmi politik membolehkan tiga parti yang menerajui kerajaan ketika ini, UMNO, BERSATU dan PAS mewakili gabungan parti masing-masing dalam membuat keputusan penting termasuk soal agihan kerusi dan jawatan dalam kerajaan.

UMNO ketika ini menerajui gabungan parti Barisan Nasional (BN) yang disertai MCA dan MIC, sementara BERSATU mengetuai gabungan PN disertai PAS serta beberapa parti dari Sabah. PAS juga menerajui Gagasan Sejahtera yang disertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN). #sumber



Demikianlah Artikel Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan

Sekianlah artikel Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/daftar-secara-rasmi-muafakat-nasional.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Daftar 'Secara Rasmi' Muafakat Nasional (MN) Dengan RoS, Bersatu Tak Pernah Di Ketepikan"

Catat Ulasan

Loading...